fb fb fb fb fb

15,000 tan metrik ikan air tawar disasarkan menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menyasarkan pengeluaran spesies utama ikan air tawar sehingga 150,000 tan metrik menjelang 2025.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin optimis ia boleh dilaksana menerusi penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar ke arah memperkasa industri berkenaan.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin)

"Kementerian berhasrat menjadikan sektor akuakultur ikan marin dan air tawar yang utama meningkatkan kadar sara diri dan pendapatan penternak selari dengan salah satu hala tuju kementerian tahun ini bagi memastikan hal tercapai.

Kementerian melalui jabatan perikanan malaysia merangka strategi penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dan meningkatkan pengeluaran spesies air tawar antarana speseis ikan patin, tilapia dan keli dengan sasasran pengeluaran pada tahun 2025, 150,000 tan meterik dan 2030, 214,000 tan metrik," katanya  bagi menjawab soalan ahli parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor.

Enam lagi strategi digarap termasuklah, Pelaksanaan Projek Integrasi Akuakultur (PPIA), Pemberian bantuan peralatan dan input pemakanan, pemerkasaan Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur, Pemberian Kemudahan Kredit, Penawaran kursus dan program kemahiran teknikal serta pelaksanaan program bagi mempromosikan dan memasarkan produk perikanan.

Media Baharu