1,469 kes kemalangan di seluruh negara semalam

Foto JSPT

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Sebanyak 1,469 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah kes menurun sebanyak 430 kes berbanding hari sebelumnya.
  • Jumlah kematian kekal 12 orang, sama seperti hari sebelumnya.
  • PDRM menasihatkan pengguna jalan raya memandu berhemah dan patuhi undang-undang tanpa kompromi.

Kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menyatakan angka itu menurun sebanyak 430 kes kemalangan berbanding hari sebelumnya iaitu 1,899 kes.

“Statistik harian kemalangan di seluruh negara turut merekodkan jumlah kematian seramai 12 orang sama seperti pada Sabtu lepas,” jelas kenyataan tersebut yang disiarkan di Facebook rasminya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

“Setiap pengguna perlu memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.