SERI MENANTI, 25 Januari- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat pada sesi ketiga Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat bersempena dengan Hari Keputeraan yang ke-77 baginda.
Tuanku Muhriz berkenaan mengurniakan darjah kebesaran bintang dan pingat kepada 142 penerima bagi sesi tersebut.
Daripada jumlah penerima tersebut, lapan individu menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan, Darjah Setia Negeri Sembilan (9), Darjah Pekerti Terpilih (7), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (25) dan Pingat Jasa Kebaktian (72).
Sementara itu, 26 individu menerima darjah Ahli Setia Negeri Sembilan termasuk Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Suhana Suratman.
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti di sini.