fb fb fb fb fb

14 Sungai di Terengganu lepasi paras bahaya setakat 9 pagi

14 sungai melibatkan enam jajahan di negeri ini direkodkan melepasi tahap bahaya setakat 9 pagi ini/FOTO FAIL BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 26 Disember - 14 sungai melibatkan enam jajahan di negeri ini direkodkan melepasi tahap bahaya setakat 9 pagi ini menyebabkan paras air menunjukkan trend peningkatan susulan hujan yang berterusan sejak 3 hari lalu.

Menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai di BESUT melibatkan Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 35.32 meter (m) melebihi paras bahaya 35.00 m dan Sungai Besut di Kampung La merekodkan bacaan 22.56 m melebihi paras bahaya 21.80 m.

Tiga sungai di SETIU adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap meningkat kepada 21.76 m melepasi tahap bahaya 21.00 m, Sungai Nerus di Kampung Bukit mencatatkan bacaan 13.84 m dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri merekodkan bacaan 9.21 m melebihi paras bahaya 8.80 m.

Sementara itu, empat sungai di HULU TERENGGANU direkodkan melepasi paras bahaya adalah Sungai Berang di Kampung Menerong (25.68 m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang (37.56 m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu (22.42 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping (21.06 m).

Satu sungai masing-masing di KUALA TERENGGANU dan DUNGUN iaitu Sungai Terengganu di Drawbridge merekodkan bacaan 2.27 m melebihi paras bahaya 1.80 m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (13.88) melepasi paras bahaya 12.50 m.

Di KEMAMAN pula, turut merekodkan aras air tahap bahaya adalah Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.68 m), Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (14.40 m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman (4.24 m).

Selain itu dua sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras amaran dan lima sungai aras waspada yang mula meningkat dari aras normal.

Dua sungai yang melepasi paras amaran adalah di Besut melibatkan Sungai Besut di Jambatan Jerteh dengan bacaan 7.78 m dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun iaitu 38.58 m.

Manakala lima sungai aras waspada pula melibatkan dua sungai di Setiu, dua sungai di Kuala Nerus dan satu sungai di Marang.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN