fb fb fb fb fb

14 akta akan dipinda, penuhi komitmen CPTPP

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merancang untuk mengadakan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan bagi berkongsi dapatan kajian analisis kos faedah (CBA).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sesi libat urus itu bagi memastikan semua pihak yang berkepentingan memahami dengan jelas hak obligasi malaysia di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Terdapat 7 bab dalam CBA yang turut meliputi implikasi ke atas 14 sektor ekonomi utama.

Tambahnya, bagi meratifikasi dan menguatkuasakan CPTPP, sejumlah 14 akta diperingkat persekutuan perlu dipinda bagi memenuhi komitmen negara dibawah CPTPP.

"Pindaan itu penting bagi melaksanakan pembaharuan struktur di peringkat domestik selain memastikan undang-undang negara sentiasa dikemaskini dan selaras dengan perjanjian serta piawaian antarabangsa.

"Sehingga kini sebanyak sembilan akta di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibentang dan diluluskan di dalam parlimen," jelasnya di Parlimen, menjawab pertanyaan tambahan wakil Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

(Kentingan rakyat dari segi akses kepada perkhidmatan kesihatan dan juga ubatan mampu milikĀ akan terus terjamin menerusi dapatan CBA - Gambar Hiasan)

Tambahnya lagi antara agensi terlibat ialah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda Pekerjaan 1996 dan lain-lain.

"Manakala baki lima lagi akta yang masih perlu dipinda dan diluluskan di dalam parlimen seperti Akta Kerja 1995, Akta Kesatuan sekerja 1959, Ordinan Buruh Sabah Bab 67, Ordinan Buruh Sarawak Bab 76, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya lagi.

Datuk Seri Azmin turut memberi jaminan bahawa CPTPP tidak menjejaskan kebolehan Malaysia untuk merunding harga terbaik untuk produk perubatan.

Hasil dari dapatan CBA itu, kepentingan rakyat dari segi akses kepada perkhidmatan kesihatan dan juga ubatan mampu milik akan terus terjamin.

Media Baharu