fb fb fb fb fb

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak siap 78 peratus

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak telah siap 78 peratus sejak Januari tahun ini.

Ketika ini beberapa pakej dan seksyen telah dibuka untuk pengguna jalan raya.

Jelas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup projek sepanjang 786KM itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2022.

"Bagi fasa kedua, susulan lawatan Perdana Meneri ke Brunei pada 14 dan 15 Februari lalu, kerajaan telah meluluskan beberapa projek berimpak tinggi,

"Ini termasuklah pelaksanaan jajaran Pan Borneo merangkumi jajaran fasa dua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sebelum ini telah dibatalkan kerajaan terdahulu," jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.


Namun katanya, pandemik Covid 19 telah memberi impak kepada kemajuan kerja dan kos pembinaan projek tersebut.

"Justeru , beberapa pakej di anggarkan mengalami kelewatan dan anggaran tarikh siap mungkin akan melangkui suku pertama tahun hadapan,

"Walaubagaimanapun, pihak Kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memantau dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengatasi perkara ini," katanya lagi.

Media Baharu