fb fb fb fb fb

14,900 liter minyak diesel subsidi disita

Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 14 Mac - Sebanyak 14,900 liter diesel bersubsidi disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah stor dekat Taman Perindustrian Machang Indah, Bukit Mertajam, pagi tadi.

Kesemua minyak tersebut dianggarkan bernilai RM32,035.00

Pengarahnya, S. Jegan berkata diesel bersubsidi yang diseleweng berkenaan disimpan dalam 25 unit tangki di stor lokasi berkenaan.

Menerusi serbuan itu, dua lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai penjaga stor turut ditahan.

Siasatan awal mendapati, bekalan itu akan dibawa ke sempadan Thailand untuk dijual dan dipercayai telah beroperasi selama 3 bulan.

"Turut ditemui sebuah lori kanvas berwarna putih dengan berat lori lima tan, dua set motor pump berserta 'hos pipe', satu set pump berserta flow berserta telefon bimbit telah disita untuk tindakan lanjut", kata Jegan di sini.

"Nilai rampasan minyak dianggarkan RM32,035 menjadikan nilai anggarannrampasan berserta lori adalah RM55,335

Terdahulu, pihaknya telah melakukan intipan hasil daripada maklumat yang diterima berhubung kegiatan berkenaan. 

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau pada masa sama turut memberi amaran keras terhadap mana-mana syarikat bekalan diesel supaya mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD