1,303 bakal pesara, veteran ATM terima manfaat Kerjaya Kedua Perwira

Bakal pesara dan veteran ATM menerima manfaat menerusi inisiatif Kerjaya Kedua Perwira

SHAH ALAM, 23 September – Seramai 1,303 bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat menerusi inisiatif strategik Kerjaya Kedua Perwira sehingga Ogos 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • 765 veteran mendapat pekerjaan dalam sektor aeroangkasa, automotif, logistik dan perkhidmatan dengan gaji purata RM2,970 hingga RM5,000.
  • 538 bakal pesara ditempatkan mengikuti latihan industri untuk meningkatkan kebolehan dan peluang pekerjaan.
  • PERHEBAT dan MSU jalinkan NoU bagi pembangunan program latihan, pensijilan profesional serta penempatan; anggota digesa menyesuaikan diri dengan AI.

Daripada jumlah itu, 765 veteran berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor aeroangkasa, automotif, logistik dan perkhidmatan.

Mereka menerima purata gaji antara RM2,970 hingga RM5,000.

Sementara itu, 538 bakal pesara ditempatkan untuk mengikuti latihan industri.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Adly Zahari, berkata Kementerian Pertahanan menerusi Kertas Putih Pertahanan kekal komited memastikan kualiti hidup anggota ATM terus terpelihara selepas tamat perkhidmatan.

“Nilai dan kepakaran yang dimiliki oleh anggota ATM tidak pernah pudar walaupun selepas tamat perkhidmatan.

“Mereka kekal sebagai aset strategik negara, bersandarkan kepada kualiti modal insan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki merentasi pelbagai sektor industri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Timbalan Menteri (tengah) menyaksikan pemeteraian NoU PERHEBAT-MSU bagi memperkukuh kerjaya kedua veteran ATM

Inisiatif itu diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Management and Science University (MSU) melalui Nota Persefahaman (NoU).

Kerjasama itu meliputi pembangunan program latihan, pensijilan profesional dan penempatan pekerjaan bersama anak syarikat MSU dalam pelbagai bidang berdasarkan kepakaran serta pengalaman bakal pesara dan veteran ATM.

“Bakal pesara juga perlu bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran berintegrasi industri bagi memastikan mereka kekal relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.