KUALA LUMPUR, 3 Januari - Sebanyak 13 Sungai di seluruh negara berada pada paras bahaya setakat 4 petang tadi.
Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan aras air telah melebihi tahap bahaya di (3) sungai negeri Pahang, (1) Selangor, (3) Johor, (1) Kelantan, (2) Negeri Sembilan, dan (3) di Melaka.
Tiga sungai di Pahang yang menunjukkan paras bahaya ialah Sg. Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, Sg Luit di Kg Subuh, Maran dan Sungai Paya Gintong, Jerantut pada 4.15 petang tadi.
Trend aras air di tiga sungai di Pahang menunjukkan trend menurun.
Manakala di Selangor, Sg Langat di Bukit Changgang Kuala Langat menunjukkan aras air 4.21m telah melebihi tahap bahaya dengan trend menurun sebanyak 0.01m setakat 3.45 petang.
Tiga sungai di Johor pula menunjukkan aras air melebihi tahap bahaya iaitu di Sg Lenik di Ladang Chaah, Segamat, Sg Segamat di Bandar Segamat, dan Sg Tangkak di Kg Seri Makmur pada 4 petang tadi.
Sementara itu, dua lagi sungai di Johor menunjukkan tahap amaran iaitu di Sg. Pagoh di Kg Olak Sepam, Muar dan Sg Kesang di Telok Rimba, Tangkak
Kelantan pula menunjukkan aras air melebihi tahap bahaya di Kg Sokor, Tanah Merah pada pukul 4:15 petang tadi.
Di Negeri Sembilan, dua sungai pada paras bahaya iaitu Sg. Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sg. Muar di Kg Berembang Kuala Pilah setakat 3.45 petang.
Tiga sungai di Melaka pada paras bahaya pula melibatkan Sg Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah, Sg Kesang di Telok Rimba, Jasin dan Sg Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan trend menurun.
Dua sungai di Sarawak iaitu Long Teru, Miri mencatatkan pada paras waspada manakala normal di Long Tengoa, Limbang setakat 3.45 petang.
Empat sungai di Terengganu mencatatkan paras air pada tahap waspada.
Sementara empat sungai di Sabah masih lagi mencatatkan paras air pada tahap normal di Sg Kinabatangan di Barek Manis dan Sg Pegalan di Keranaan, Tambunan setakat 4 petang tadi.
Layari info banjir terkini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/