fb fb fb fb fb

800 ahli KRT digerakkan bantu kerja pembersihan pascabanjir di Johor

KOTA TINGGI, 3 Januari - Seramai 800 ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bersiap sedia untuk digerakkan ke Johor, bagi membantu kerja pembersihan pascabanjir. 

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 8,330 ahli KRT yang bersedia di seluruh negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ahli KRT juga akan membuka dapur komuniti, bagi menyediakan makanan kepada penduduk terjejas.

"KRT ada 8,330 ahli di seluruh negara, seperti di Taman Nanding lebih 150 ahli KRT bantu badan NGO yang lain, pelajar universiti dan lain-lain yang mahu melibatkan diri secara bersama, untuk membantu pembersihan rumah penduduk yang terjejas banjir", kata beliau selepas melawat penduduk terjejas di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Mawai, di sini. 

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pihak terlibat, untuk segera mendaftarkan penduduk terjejas banjir dengan bantuan wang ihsan, bagi meringankan beban mereka.

 

Media Baharu