fb fb fb fb fb

13 rumah, 4 kedai di Hulu Langat rosak akibat dilanda ribut

Pokok tumbang dan rumah rosak dalam kejadian ribut di Hulu Langat./ Foto Bernama

HULU LANGAT, 14 Mei- Sebanyak 13 rumah dan empat kedai di daerah ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut, petang tadi.

Ketua Kampung Kampung Batu 16, Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang.

Menurutnya, enam rumah rosak membabitkan Kampung Batu 16, Dusun Tua dan Kampung Kenanga.

“Di Taman Desa Sentosa dua rumah terbabit, tiga rumah di Kampung Bukit Kundang manakala di Kampung Tengah dua rumah dan empat kedai mengalami kerosakan.

“Sementara itu, sebanyak 10 batang pokok tumbang dalam kejadian ribut petang tadi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerosakan rumah menumpang di rumah jiran buat sementara waktu.

“Kita sedang membuat bancian bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terjejas,” katanya.

MOHAN CHINNASAMY