fb fb fb fb fb

127 buah rumah terjejas ribut terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

PADANG BESAR, 14 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan sumbangan kepada kesemua 127 rumah terjejas ribut yang melanda Perlis, Selasa lalu.

Jumlah rumah terjejas berkenaan hasil laporan polis yang diterima pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sehingga hari ini.

Bantuan bencana berkenaan akan disalurkan kepada ketua keluarga bagi setiap rumah yang terjejas.


(Pegawai JKM menyerahkan sumbangan kepada penduduk terjejas ribut)

Menurut Exco Kebajikan dan Bantuan Bencana Negeri, Ruzaini Rais, bantuan berkenaan akan disampaikan esok kepada semua ketua keluarga di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Negeri.

Setiap ketua keluarga akan menerima antara RM100 hingga RM5,000 dalam bentuk tunai sebagai tambahan peruntukan membaiki rumah yang disalurkan oleh pihak MAIPs.

Jumlah bantuan yang disalurkan hasil penilaian yang dilaksanakan pihak MAIPs bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua yang terlibat dengan ribut untuk yang masih belum membuat laporan polis dan belum melaporkan kepada pihak jkm atau pun pihak maips diminta membuat laporan dengan segeralah untuk pihak kami, pihak kerajaan negeri perlis untuk terus memberi bantuan-bantuan kepada mereka yang masih belum membuat bancian tersebut," katanya ketika melawat dan menyampaikan sumbangan pek makanan kepada mangsa ribut di sekitar Beseri bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Pembaikan rumah yang terjejas ribut sedang dilaksanakan ketika ini secara berfasa.

Media Baharu