JASIN, 13 Januari - Sebanyak 124 kawasan berisiko banjir akan dipasang siren kecemasan di Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia bertujuan memberi amaran kepada penduduk sekitar apabila berlakunya banjir.
"Kita alert lebih awal lagi, rancangan kita bagaimana kaedahnya kita akan cari dia punya penyelesaiannya.
Jadi perkara ini menunjukkan siren kecemasan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan unit kerajaan tempatan dibawah Jabatan Ketua Menteri," katanya selepas Seminar Bemban Maju Jaya di Dewan Serbaguna Kompleks Japerun, Bemban, Jasin.