
KANGAR, 11 Julai – Seramai 122 pelatih wanita melaporkan diri bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem 504 Perlis yang berlangsung selama 45 hari bermula hari ini.
- Pengambilan siri ini dibuat melalui sistem undian berkomputer oleh JLKN.
- Latihan melibatkan modul ketenteraan 70 peratus dan bakinya modul kenegaraan.
- Peserta yang menamatkan latihan direkodkan di bawah Angkatan Hikmat Negara untuk pemantauan dan penggerakan jika diperlukan.
Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Brigedier Jeneral Samad Igom berkata pengambilan bagi siri kali ini dibuat menerusi sistem undian berkomputer.
Jelas beliau, sepanjang 45 hari, pelatih akan menjalani dua bentuk latihan meliputi modul ketenteraan sebanyak 70 peratus dan bakinya modul kenegaraan,” katanya.
Beliau menyatakan semua peserta yang menamatkan latihan akan direkodkan di bawah Angkatan Hikmat Negara bagi membolehkan JLKN memantau perkembangan serta menggerakkan khidmat mereka sekiranya diperlukan demi kepentingan pembangunan dan pertahanan negara.
Selain Kem 504 Perlis, sesi latihan sama turut bermula di dua lagi kem iaitu Kem 515 Askar Wataniah Kem Kementah dan Kem 505 di Pahang.