fb fb fb fb fb

122,000 murid Tahun 1 belum kuasai 3M - Fadhlina

Foto BERNAMA

KAJANG, 7 Oktober- Seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keciciran pembelajaran semasa pandemik COVID-19 merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu, selain kemiskinan dan keperluan khas anak-anak.

"Angka ini bersifat dinamik. Sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran tersebut melalui intervensi yang dilaksanakan, sama ada di peringkat negeri, Persekutuan, atau melalui Program Anak Kita, angka ini akan berubah, insya-Allah," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Program Tekad Reformasi Pendidikan Negeri Selangor di sini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program Intervensi Literasi dan Numerasi, yang bermula pada Ogos lepas, dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM