fb fb fb fb fb

Banjir di Kedah, tunjuk perkembangan positif

Foto Fail

KUBANG PASU, 7 Oktober- Situasi banjir di Kedah menunjukkan perkembangan positif, petang ini.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 325 orang berbanding 359 orang, tengah hari tadi.

Mereka terdiri daripada 93 keluarga.
 
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu menyaksikan jumlah penduduk berkurang kepada 130 orang.

46 penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air di kediaman mereka surut sepenuhnya.
 
Di PPS Dewan PPK Lubuk Batu, jumlah penduduk terjejas banjir kekal 54 orang.
 
Sementara itu, di Pendang merekodkan peningkatan jumlah penduduk terjejas banjir kepada 141 orang berbanding di 129 orang, tengah hari tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM