fb fb fb fb fb

12 lokasi terpilih, laksana jualan Semarak Aidiladha di Terengganu

Ahli Lembaga Pengarah (FAMA), Mohd Unit A Bakar (dua, kiri) dan Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan (kiri) mengagihkan buah-buahan tempatan kepada murid sekolah bersempena Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Seri Berang

HULU TERENGGANU, 22 Mei- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu bakal mengadakan program jualan Semarak Aidiladha.

Program tersebut dijadualkan bermula pada 5 Jun depan di 12 lokasi terpilih seluruh negeri.

Pengarah FAMA negeri, Mohd Fadlee Hassan berkata ia termasuk empat tapak pasar tani kekal di Chendering, Kuala Terengganu selain Kertih dan Chukai di Kemaman serta Kampung Nyior Tujuh di Besut.

Lapan lagi lokasi melibatkan pasar tani FAMA di enam daerah, iaitu di Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut.

Pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan segar termasuk daging, ikan dan sayur sayuran dengan harga rendah.

"Manakala untuk rakyat bersempena Hari Raya Aidiladha nanti di outlet FAMA, memang kita menawarkan penjimatan produk hasil keluaran pertanian antara 10 hingga 30 peratus di outlet FAMA terpilih.

"Setakat ini kita tumpu kepada outlet peruncitan FAMA khususnya di pasar tani kekal dan pasar tani terpilih." kata Mohd Fadlee.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu.

Program dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah FAMA Mohd Unit Abu Bakar.

Kempen berkenaan bertujuan menggalakkan pelajar sekolah agar mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai menu wajib dalam diet harian.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Mohd Unit Abu Bakar berkata kempen tersebut mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar.

"Makin bertambah supaya makan buah-buahan dan sayuran tempatan.
Ia ada hubung kait dengan keselamatan pemakanan jika rakyat menggunakan makanan tempatan," katanya.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID