GEORGE TOWN, 23 Mei- Polis mengesahkan terdapat 12 kes khianat terhadap premis menjual kereta baharu dan terpakai setakat hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata ia membabitkan kerugian sebanyak RM60,000.
Sebanyak 10 premis menjadi sasaran dalam insiden tersebut. 43 buah kereta dan 18 motosikal pelbagai jenama telah mengalami kerosakan cat.
"Suspek melakukan perbuatan itu seorang diri dengan menaiki motosikal dan kemudian membaling cat atau asid di beberapa premis pengusaha kereta. Mereka akan meminta wang berjumlah RM10,000 terhadap pengusaha kereta. Sekiranya pengusaha kereta enggan melunaskan bayaran itu, mereka akan melakukan perkara sama.
"Kes disiasat bawah kesalahan khianat Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan kesalahan mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan Seksyen 385 Kanun Keseksaan," kata ACP Soffian kepada pemberita di sini.
(Sebanyak 10 premis telah menjadi sasaran yang melibatkan 43 buah kereta
dan 18 motosikal pelbagai jenama telah mengalami kerosakan cat)