fb fb fb fb fb

12 juta pengguna bakal nikmati akses rangkaian 5G menjelang akhir tahun

KOTA BAHRU, 1 November- Kira-kira 12 juta pengguna bakal menikmati perkhidmatan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.

Ia susulan lima daripada enam penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menandatangani Perjanjian Akses dengan Digital Nasional Bhd, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata lima syarikat tersebut ialah Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

Menerusi perjanjian itu syarikat terlibat akan menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini sekali gus membolehkannya diakses dalam kadar masa segera.

"Alhamdulillah lima daripada enam syarikat telekomunikasi telah pun menandatangani AA. Perjanjian ini membolehkan akses 5G akan diperoleh dalam kadar masa segera.

"Menerusi perjanjian ini dijangka 12 juta pengguna telefon akan ada akses 5G menjelang akhir tahun ini," katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Ketika ini, penyediaan prasarana atau menara 5G di seluruh negara berada pada tahap 33.2 peratus.

Media Baharu