fb fb fb fb fb

570 kes maut, babitkan 1,140 kemalangan elektrik sejak tahun 2002

(FOTO HIASAN)

GEMAS, 1 November - Sejumlah 570 kes maut membabitkan 1,140 kemalangan elektrik direkodkan berlaku di negara ini sejak tahun 2002.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan Suruhanjaya Tenaga (ST), Mohd Elmi Anas berkata sehingga 22 Oktober lalu, sebanyak 49 kes kemalangan elektrik direkodkan melibatkan 25 kes maut.

"Jadi kita harap supaya kes kemalangan yang berlaku di negara kita ini dapat dikurangkanlah walau pun kita nak kata sifar tapi sesuatu yang mustahil ia untuk dapat sifar tapi kalau boleh kurangkan setiap tahun adalah sesuatu 'performance' yang baguslah," kata beliau ketika ditemui pada Program Touchpoint di Pejabat Kawasan ST Negeri Sembilan dan Melaka (STNSM) di Kampung Kurnia Diraja, di sini hari ini.


(Mohd Elmi Anas ditemu bual media pada Program Touchpoint di Pejabat Kawasan ST Negeri Sembilan
dan Melaka (STNSM) di Kampung Kurnia Diraja, Gemas, Negeri Sembilan)  

Dalam pada itu, STNSM telah melaksanakan 12 inisiatif tanggungjawab sosial korporat di Negeri Sembilan dan Melaka dengan empat projek baharu di daerah Tampin.

Projek di Kampung Kurnia Diraja melibatkan pendawaian rumah baharu milik Emiroul Norbit dan pihaknya membantu mendapatkan bekalan Tenaga Nasional Berhad.

Media Baharu