117 tangkapan berkait miliki, edar bahan dera seksual kanak-kanak

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 September – Sebanyak 117 tangkapan dibuat menerusi empat operasi besar-besaran di Malaysia yang menyasarkan pemilikan dan pengedaran bahan penderaan seksual kanak-kanak sejak Disember 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 1.47 juta fail digital dirampas, termasuk lebih 200,000 fail disahkan sebagai bahan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat bagi melindungi kanak-kanak.
  • Tindakan tersusun diperlukan untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah kepada risiko dalam talian.
  • ONSA 2025, Kod Perlindungan Kanak-kanak dan Kod Pengurangan Risiko menetapkan tanggungjawab jelas serta mekanisme pelaporan dan pengurusan kandungan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata operasi berkenaan dijalankan di 162 lokasi dengan lebih 1.47 juta fail digital dilucut hak, termasuk lebih 200,000 fail yang disahkan sebagai bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Beliau berkata, kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat.

Katanya, keperluan terhadap tindakan yang lebih tersusun itu semakin mendesak, terutama bagi melindungi kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai risiko di dalam talian

“Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), Kod Perlindungan Kanak-kanak (CPC), dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) menterjemahkan komitmen ini kepada tindakan dengan menetapkan tanggungjawab yang jelas bagi platform digital.

“Ini termasuk memastikan keselamatan kanak-kanak diberi keutamaan dalam reka bentuk platform, pengesahan umur, penilaian risiko secara proaktif, selain memperkukuh tadbir urus kandungan serta menyediakan mekanisme pelaporan dan tindakan balas yang lebih berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Persidangan M360 ASEAN di ibu negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.