fb fb fb fb fb

110 OBB diberi kerja bawah program CSI

FOTO FAIL

TAIPING, 13 Jun - Sempena Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI, seramai 110 Orang Bebas Berlesen (OBB) diambil bekerja di syarikat bawah program Corporate Smart Internship (CSI) di negeri Perak.

Pengarah Penjara Negeri Perak Timbalan Komisioner Penjara C. Charin Promwichit berkata, program berkenaan bertujuan memberi latihan dan kemahiran kepada OBB selain membantu golongan itu dalam proses pemulihan.

Menurutnya sebanyak 15 syarikat pelbagai sektor terlibat dalam Program Youturn anjuran Malaysian Care dan Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taping (ESDA).

"Iaitu 74 di Tapah 28 di Taiping dan 12 orang di Kamunting, jadi saya berharap mereka mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menginsafi diri bahawa kita semua daripada Jabatan Penjara, daripada agensi- agensi yang lain pihak badan bukan kerajaan (NGO), media, sektor korporat sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk berubah," kata C. Charin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis penutupan program itu di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping (PLPP), di sini.

Program CSI yang bermula pada tahun 2016 telah melibatkan sebanyak 115 syarikat dengan telah menggaji lebih 52,258 banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol (ODP) dan 9,143 OBB di seluruh negara.

TETITIA YUSOFF