fb fb fb fb fb

169 individu terima pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat sempena Ulang tahun Keputeraan Selangor/ Foto RTM

SHAH ALAM, 13 Jun- Seramai 169 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-78.

Istiadat pengurniaan pingat kepada penerima bagi daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang itu disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Dewan Jubli Perak bangunan pentadbiran negeri di sini, hari ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sungai Besar Megat Pauzi Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Maizatul Hanisa M Isa mengetuai senarai penerima pingat apabila dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT).

Seramai 24 individu menerima PPT, 15 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC), 114 individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) manakala 16 lagi  menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD