fb fb fb fb fb

11 individu dianugerah biasiswa YDPA

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 di Istana Negara hari ini.

Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa kepada 11 penerima iaitu enam orang di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan lima orang di peringkat Sarjana (Penyelidikan).

Biasiswa tersebut merupakan biasiswa berprestij negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Sehingga tahun ini, seramai 198 warganegara Malaysia telah menerima penajaan tersebut iaitu 100 orang di peringkat PhD dan 98 orang di peringkat Sarjana dalam pengajian Ekonomi, Undang-undang, Sains dan Teknologi serta Kewangan Islam.


(Biasiswa tersebut merupakan biasiswa berprestij negara yang mula diperkenalkan
pada tahun 2006)

Media Baharu