fb fb fb fb fb

Fokus pelaburan berkualiti tinggi andai mahu tingkat usia persaraan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Malaysia perlu fokus kepada pelaburan berkualiti tinggi dan pelan struktur yang lebih komprehensif, sekiranya bercadang untuk meningkatkan usia persaraan.

Pengarah Sosio Ekonomi Persatuan Penasihat Penyumbang Perlindungan Sosial Malaysia (S-P-CAAM), Dr Zouhair Rosli berkata, perubahan struktur perlu dilakukan segera sebelum dapat dilaksana.

"Saya setuju untuk tingkatkan usia persaraan tapi dalam masa yang sama, kita perlu tangani masalah yang paling utama iaitu masalah gaji dan ekonomi, gaji yang rendah dan ekonomi yang beroperasi dengan cara murah.

"Pelaburan yang dijalankan itu haruslah yang berkualiti. Maksudnya yang lebih fokus kepada 'digital ict' dan mesin dan peralatan,"katanya.

Beliau ditemui dalam Forum khas bertajuk 'mencari solusi demi masa depan pekerja Malaysia selepas bersara' anjuran S-P-CAAM, di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan di negara ini akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam beberapa tahun akan datang.

Beberapa negara seperti Jepun, Australia dan beberapa negara Eropah telah menaikkan usia persaraan secara beransur-ansur hingga mencapai usia 67 tahun.


(Pengarah Sosio Ekonomi Persatuan Penasihat Penyumbang
Perlindungan Sosial Malaysia (S-P-CAAM), Dr Zouhair Rosli)

Media Baharu