fb fb fb fb fb

Status mediasi ganti rugi PAKS Rantau Manis 29 Oktober

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 12 Julai - Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan 29 Oktober depan sebagai pengurusan kes bagi mengetahui status mediasi berhubung tuntutan 291 keluarga peserta bagi Projek Agropolitan Kelantan Selatan (PAKS) Rantau Manis, Gua Musang terhadap pihak Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh itu selepas sesi mediasi antara keluarga peserta yang diwakili peguam, Hisham Fauzi manakala KESEDAR diwakili, Arham Rahimi Hariri.

Menurut peguam, Hisham Fauzi pihaknya memberikan tiga cadangan penyelesaian kepada KESEDAR untuk dipertimbangkan dan sekiranya tiada keputusan, tarikh bicara kes akan ditetapkan selepas 29 Oktober.

Antara cadangan penyelesaianpeserta dalam mediasi itu adalah untuk memohon kerja semula di ladang kelapa sawit seluas 3.7 hektar dengan status peneroka.

Katanya, peserta juga meminta segala faedah yang ada seperti dalam perjanjian peneroka biasa selain memohon untuk mendapatkan wang sagu hati sebanyak RM8,400 untuk satu keluarga.

Menurutnya,peserta yang juga plaintif memohon supaya KESEDAR memberi hak milik tanah seluas 0.2 hektar iaitu tapak rumah dan kebun koko kepada mereka.

Ujarnya, jumlah keseluruhan peserta seramai 585 keluarga dan sebahagiannya sudah menandatangani surat persetujuan menamatkan perjanjian mengerjakan tanah ladang dan mereka diberikan hak milik tapak rumah serta ladang koko dan wang gratuiti.


(FOTO RTM)

Media Baharu