fb fb fb fb fb

Trend penglibatan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan meningkat

(FOTO HIASAN /segamat.com)

KUANTAN, 12 Julai- Sebanyak 15 peratus daripada 523 pelajar di Kulliyyah Kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan pelajar lelaki.

Penglibatan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan menjadi trend sejak 2015.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, selain melatih jururawat perempuan, universiti itu mempunyai kelebihan melatih jururawat lelaki dengan menawarkan pendidikan patuh syariah dan perubatan islamik.

Mereka juga diberi pendidikan secara menyeluruh bukan sahaja kejururawatan malah kelestarian cara mengendalikan kehidupan dalam keadaan pemanasan global.

"Saya dimaklumkan 15 peratus daripadanya adalah pelajar lelaki yang ketika ini menjadi satu trend kita mempunyai keupayaan untuk melatih jururawat lelaki selain jururawat perempuan,"kata Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Sementara itu, Dekan Kulliyyah Kejujurawatan, Prof Madya Dr Muhammad Kamil Che Hassan berkata, setiap tahun, seramai 150 pelajar termasuk pelajar lelaki ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang itu selama empat tahun.

Keperluan jururawat lelaki adalah tinggi dalam dewan bedah dan wad kecemasan.

"Keperluan jururawat lelaki di sektor hospital atau klinik kesihatan membabitkan kekuatan fizikal, mereka perlukan jururawat lelaki dalam dewan bedah dan di wad yang memerlukan penjagaan kepatahan tulang, contohnya di kecemasan, jadi perminatan dalam bidang ini lebih tinggi,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Kejururawatan Antarabangsa Ke-3 yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal di Kuantan, Pahang.

Persidangan hari ini dan esok, menghimpunkan 200 peserta dalam bidang kejururawatan termasuk dari Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.

Mereka membentangkan perkambangan dan cabaran dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan termasuk jururawat, serta langkah-langkah diambil bagi memastikan penyediaan tenaga kerja berkualiti dan mampan dalam sektor penjagaan kesihatan.


(Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak (KIRI)
dan Prof Madya Dr Muhammad Kamil Che Hassan)

Media Baharu