LABU, 6 Julai - 11 buah lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diwujudkan di Negeri Sembilan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM 2 juta setahun.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, PEDi memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi penduduk setempat.
"Saya difahamkan proses tender sedang berjalan.
"Bukan hanya di Negeri Sembilan, tetapi kita ada 186 PEDi baharu yang sedang dibina diseluruh negara.
"Perdana Menteri mengarahkan agar setiap DUN mempunyai PEDi", katanya pada Program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Terbuka Kampung Seri Batu 8 di sini.
Tambahnya, 11 PEDi tambahan yang akan dibina di Negeri Sembilah ialah di Labu, Ampangan, Johol, Sikamat, Temiang, Pilah, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Mambau, Rahang, Seremban Jaya dan Chuah.
(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)