fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung esok

KEMAMAN, 6 Julai- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, ditangguhkan 5 petang tadi dan akan disambung 9 pagi esok.
 
Operasi hari kelima itu ditangguhkan lebih awal berikutan cuaca buruk.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata 280 anggota terdiri daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi hari ini.

Ia termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta bantuan penduduk kampung.

"Pencarian daripada skala besar akan bertumpu kepada 'spot' di kawasan yang kita point nanti dan, di kawasan yang kita ada rasa ada point intrest bersama dengan unit K9 dan unit selaman.

"Untuk hari ini kita ada buat beberapa tempat selaman di sektor A tapi tiada sebarang petunjuk yang positif," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

(Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias)

Tambah Azman, pihaknya akan berusaha untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

"Pasukan SAR berdepan dengan kesukaran berikutan cuaca yang tidak menentu.
 
"Dalam operasi pencarian hari ini tiada sebarang petunjuk positif, namun kami akan berusaha untuk mengesan kedua-dua mangsa," jelasnya.

Media Baharu