fb fb fb fb fb

11 lokasi di Johor bagi program World Cleanup Day (WCD)

JOHOR BAHRU, 25 September- Sebanyak 11 lokasi di Johor terpilih bagi penganjuran program World Cleanup Day (WCD) peringkat negeri tahun 2022.

Ia dalam usaha mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, selaras hasrat, menjadi negeri bersih dan selamat menjelang tahun 2030.

Menurut Pengarah SWCorp negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin, sebanyak 25 agensi terlibat, antaranya sekolah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan organisasi badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita di Malaysia, WCD bermula pada tahun 2020 melibatkan 73 agensi berkembang pada tahun 2021. Seramai 21,000 sukarelawan telah berdaftar dalam platform yang dipanggil Sukarelawan Hero Kebersihan yang telah dilancarkan pada tahun 2020 sehingga kini," katanya.


(Pengarah SWCorp negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin)

Beliau berkata demikian pada Program World Cleanup Day Tahun 2022 peringkat negeri Johor di Kampung Teluk Jawa, Johor Bahru.

Antara aktiviti dilaksanakan adalah kuiz oleh pihak SWCorp, aktiviti pembersihan, audit sisa pepejal dan pertandingan kebersihan antara agensi di negeri itu.

Antara lokasi lain yang menganjurkan program seumpama itu adalah di Dataran Pantai Kembara Mersing, Jeti Pasar Nelayan Parit Karang di Muar, dan Jalan Tun Sri Lanang Kota Tinggi.

Sejak 17 September lalu hingga kini, sebanyak 40 lokasi telah melaksanakan program berkenaan.

Media Baharu