fb fb fb fb fb

Ekspedisi Sungai Muar: Cabaran pupuk semangat cintakan sungai

MUAR 25 September- Semangat cintakan sungai terus dipupuk melalui Ekspedisi Sungai Muar bersempena Hari Sungai Sedunia.

Cabaran tersebut membawa peserta menyelusuri hulu sungai di Empangan Talang, Kuala Pilah dan berakhir di Jeti Tanjung Emas, di hilir sungai Muar.

Ekspedisi empat hari ini merentasi beberapa bandar utama, antaranya Kuala Pilah dan Bahau di Negeri Sembilan serta Segamat, Pagoh, Tanjung Agas dan Muar, Johor.

Selain bertujuan meningkatkan pengetahuan dan teknik mengurus air sungai serta kawasan tadahan, 90 peserta terlibat berpeluang melihat aktiviti kebudayaan dan sejarah di sepanjang lembangan sungai berkenaan.

Ia termasuk ' mengoca' atau aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan di daerah Kuala Pilah.

Menurut pegawai Jabatan Saliran dan Pengairan Kuala Pilah , Muhammad Zamiri Ali ini termasuk ' mengoca' atau aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan di daerah Kuala Pilah.

"Pembinaan tapak ini pada tahun 2020 selepas kejayaan pesta bola mengoca yang diadakan dekat Juasseh , jadi kerajaan negeri telah bercadang untuk membina tapak mengoca kekal ini," katanya.


(Pegawai Jabatan Saliran dan Pengairan Kuala Pilah , Muhammad Zamiri Ali)

Tambah Zamiri, tapak pesta ini merupakan kawasan penanaman padi di atas tanah rizab seluas 4.04 hektar, melalui inisiatif kerajaan negeri di bawah kendalian pegawai daerah.

Seterusnya ekspedisi dilanjutkan dengan aktiviti kudap di air terjun Ulu Bendul, mengunjungi galeri darurat Bukit Kepong dan lawatan Loji Rawatan Air di Pagoh.

Program berakhir dengan menyelusuri sungai Muar bermula dari Sungai Grisek menuju ke jeti Tanjung Emas di Muar.

"Sumber air ini sangat penting dan kita perlu pelihara. Ekspedisi ini amat menyeronokkan dengan sejarah di sepanjang sungai Muar ini, punca kepesatan bandar dan laluan utama Negeri Sembilan ke Johor," kata salah seorang peserta ekspedisi.


(Antara peserta yang menyertai Ekspedisi Sungai Muar)

Laporan, Nur Fatihah Abdul Rahim.

Media Baharu