fb fb fb fb fb

Kepentingan kebersihan sungai, kerajaan negeri Melaka ada pendekatan inklusif

MELAKA, 25 September- Sungai merupakan elemen penting dalam kehidupan.

Peranan utamanya sebagai punca sumber air selain menjadi habitat kepada hidupan air tawar.

Justeru, bagi memastikan rantaian yang disokongnya kekal berfungsi, kebersihan sungai wajar diberi perhatian.

Sejauh mana masyarakat punyai kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab menjaga kebersihan sumber air bersih itu?

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar negeri Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, kerajaan negeri membuat pendekatan secara inklusif melihat pentingnya sungai untuk diwariskan kepada generasi akan datang dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia semasa rawatan air.

"Disebabkan faktor itu kita menyedari kualiti air sungai bermula dari hulu sungai ke tahap dua kemudian ke hilir sungai bertahap tiga yang ini disebabkan oleh pencemaran efluen- efluen yang bukan sahaja melibatkan sisa industri tetapi melibatkan sisa pertanian ,perternakan dan juga sisa perumahan yang dibuang secara terus ke dalam longkang- longkang ataupun parit- parit menyalurkan air itu ke sungai- sungai utama yang menjadi sumber kepada minuman kita," katanya.


(Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar negeri Melaka, Datuk Zaidi Attan)

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Melaka, Rosli Mustafa pula berkata pelbagai usaha dijalankan pihaknya untuk tujuan penjagaan sungai termasuk mengawal kualiti air dengan pemantauan berkala.

Kualiti air sungai akan dipantau enam kali setiap tahun bagi stesen manual, manakala stesen automatik bacaan akan diperoleh setiap 30 minit.

Sebanyak 56 stesen pengawasan kualiti air sungai manual dan dua buah stesen pengawasan kualiti air sungai automatik terdapat di negeri ini.

"Bagi Jabatan Alam Sekitar kita ada satu Akta Induk yang kita panggil ataupun Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi kawalan pencemaran sungai kita ada Seksyen 25 untuk kawalan pencemaran ke atas perairan daratan , perairan daratan termasuk sungai. Seseorang tidak boleh mengeluar , melepas atau meletakkan apa-apa bahan bahaya pada alam sekeliling dengan melanggar syarat-syarat yang kita tetapkan bawah akta selain daripada itu kita ada Seksyen 16 untuk kawalan pelepasan enfluen ataupun pelepasan buangan daripada premis-premis yang kita lesenkan," jelasnya.


(Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Melaka, Rosli Mustafa)

Media Baharu