fb fb fb fb fb

11,000 pemain gendang cina catat rekod dalam ASEAN Records

Foto Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang

BATU KAWAN, 27 September - Seramai 11,000 pemain gendang cina berjaya dikumpul sehingga dicatatkan dalam ASEAN RECORDS sebagai ASEAN Records for Largest Simultaneous Performance of Oriental Drums, Malay Drums, Indian Drums and Resonant Objects as Drums.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ia bukan sekadar persembahan muzik tapi lambang perpaduan, budaya dan semangat Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia.

ASEAN RECORDS telah dianugerahkan kerana berjaya mengumpulkan 11,000 peserta untuk menjayakan acara gendang yang melibatkan 11 negeri dan lebih 200 sekolah selain penglibatan komuniti setempat", katanya selepas merasmikan the 2nd Oriental Druns Event 2025 di Stadium Batu Kawan di sini, hari ini.

Acara sama turut menghimpunkan pelbagai generasi masyarakat termasuk pelajar, guru, ibu bapa, komuniti setempat dan peserta istimewa selain penyertaan antarabangsa.

Trainee