fb fb fb fb fb

103 KIR daerah Kuala Muda terima bantuan banjir

Ahli Parlimen Sg Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari

SUNGAI PETANI, 15 Februari - Seramai 103 orang Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Kuala Muda yang terkesan akibat bencana banjir dan ribut di luar tempoh Monsun Timur Laut (MTL) menerima peruntukan bantuan wang ihsan.

Bantuan Wang Ihsan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu  menyediakan bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap penerima.

Ahli Parlimen Sg Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, pejabat Pembangunan Negeri Kedah diamanahkan untuk menyelaraskan penyaluran kepada  mereka yang terlibat dan ianya disahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
 
"Kerajaan persekutuan amat prihatin dengan musibah yang melanda dan berdasarkan konsep Malaysia Madani tiada rakyat yang akan ketinggalan dalam menikmati kemudahan kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan, di sini.

 

TETITIA YUSOFF