fb fb fb fb fb

100 rumah di Sik rosak dibadai ribut

Anggota APM memotong batang dan dahan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Sik, Kedah/Foto Ihsan APM Daerah Sik

SIK, 19 September - Kira-kira 100 buah rumah di dua mukim di sini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Leftenan (Pertahanan Awam) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, ia melibatkan 73 rumah di Mukim Sik dan 27 rumah di Mukim Jeneri.

Katanya, sehingga pukul 10 pagi tadi, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik merekodkan 81 kejadian pokok tumbang.

"Kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dinding akibat dihempap pokok manakala sebahagian lagi diterbangkan angin.

"Alhamdulillah, kerjasama agensi penyelamat APM, Bomba dan Rela, orang awam serta NGO Khidmat Malaysia Kawasan Sik berjaya menyelesaikan sebahagian besar insiden," katanya.

Hujan berterusan sejak 15 September lepas menjadi faktor berlakunya pokok tumbang susulan struktur tanah lemah ditambah angin kencang, sejak semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee