fb fb fb fb fb

Ribut Perlis : 29 buah rumah terjejas sehingga kini

FOTO MAIPs

KANGAR, 18 September- Kejadian ribut yang melanda seluruh Perlis sejak Isnin hingga petang ini menyebabkan rumah yang terjejas terus meningkat kepada 29 buah yang melibatkan kerosakan pada bahagian bumbung atau struktur rumah. 

Bukan sahaja diterbangkan angin kencang, ada antara rumah terlibat dihempap pokok yang tumbang.

Sebanyak 19 kawasan terlibat, antaranya ialah Behor Masjid, Titi Tok Bandar, Jejawi Sungai Adam, Behor Temak, Guar Syed Alwi, Padang Pauh, Wang Ulu dan Panggas.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan terkini memaklumkan, MAIPs bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JPKKP dan amil kariah terlibat serta agensi pengurusan bencana negeri terus memantau lokasi dilaporkan terjejas dengan ribut.

Penyelarasan bantuan antara MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang diteliti serta akan menyegerakan penyaluran bantuan berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE