fb fb fb fb fb

15 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

Foto MAIPs

KANGAR, 18 September- Sebanyak 15 rumah terjejas akibat ribut yang melanda Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata ia menyebabkan bumbung dan struktur rumah diterbangkan angin

"Antara kawasan terlibat, Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi, Tok Kaya, Permatang Bongor, Bunga Emas, Kurong Batang, Wang Kelian, Long Boh, Behor Masjid dan Titi Tok Bandar.

"Bantuan bagi membaiki rumah yang terjejas sedang diselaras MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah serta akan menyegerakan penyaluran bantuan.

"Penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan berserta gambar kejadian kepada JKM," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, ribut selama tiga hari sehingga semalam menyebabkan penduduk di 15 kediaman di Perlis terjejas dengan bencana berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM