fb fb fb fb fb

100,000 permohonan bantuan tunai BUDI MADANI diluluskan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Sebanyak 100,000 permohonan BUDI MADANI telah diluluskan setakat ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, 46,000 pemohon turut menerima bayaran mereka yang disalurkan, hari ini.

Beliau menjelaskan, 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun lalu.

Permohonan yang dibuat sebelum hujung bulan ini, akan disalurkan kepada penerima menjelang awal Julai ini.

Dianggarkan 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak menerima BUDI Individu.

Manakala hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

Pemohon individu yang gagal, boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI.

Untuk pemohon petani dan pekebun kecil, perlu terlebih dahulu berdaftar dengan agensi bawah Kementerian terlibat, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

Pemohon boleh juga boleh menghubungi talian, mengemukakan pertanyaan menerusi emel tertera, serta hadir ke pejabat LHDN seluruh Semenanjung Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE