(Ahmad Fuad Che Ani)
LANGKAWI, 29 Julai- Sebanyak 10 produk keluaran usahawan Langkawi bakal menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 bulan depan.
Ia merangkumi produk makanan dan penjagaan kesihatan seperti minyak gamat, coklat dan kopi periuk tanak.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahmad Fuad Che Ani berkata ia akan disertai lapan orang usahawan bermula 4 hingga 14 Ogos depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
"Booth Naturally Langkawi yang kita persiapkan di MAHA nanti, usahawan Langkawi Geopark, produk-produk Langkawi kita akan ketengahkan di ekspo MAHA dan Insya-Allah kita akan melihat produk-produk Langkawi ini dapat menembusi pasaran terutama di Kuala Lumpur dan di peringkat antarabangsa sendiri," katanya.
Beliau ditemui RTM selepas Program Tautan Kasih Persatuan Ibu Hati Waja (KOHAWA) bersama Artis Veteran, di sini.
Program menjadi platform untuk memperkenalkan kepelbagaian produk keluaran usahawan Langkawi sebelum dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi.
(MAHA 2022 dijangka dapat menarik 100,000 pengunjung sehari)