fb fb fb fb fb

10 pasangan diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP

Foto RTM

LABUAN, 23 November-10 pasangan pengantin diraikan dalam satu Majlis Walimatul Urus Perdana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan sempena 50 tahun MAIWP.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata penganjuran majlis itu ditaja sepenuhnya oleh MAIWP termasuk pelamin, busana serta jamuan makan dan minum.

Selain itu, MAIWP juga turut menyampaikan Bantuan Perkahwinan yang disalurkan kepada pasangan pengantin berjumlah keseluruhan sebanyak RM57,000.

“MAIWP membuat ini secara besar-besaran pada kali ini.

"Ini merupakan kali kedua yang kita buat oleh sebab tahun ini merupakan kita sambut 50 tahun MAIWP”, katanya kepada pemberita pada majlis itu yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.

Sementara itu, salah satu pasangan pengantin Edmond Naim menzahirkan penghargaan kepada MAIWP di atas penganjuran majlis sedemikian.

“Saya berasa sangat gembira dan terharulah sebab dipilih dan boleh menyertai program ini salah satunya sebab ialah saya mualaf dan ini merupakan satu kebanggan buat saya kerana perkahwinan ini melambangkan kesatuan antara dua keluarga kami.

"Sungguh pun keluarga saya berlainan agama tetapi membuktikan bahawa perkahwinan ini menyatukan keluarga kami tidak kira apa pun bangsa mahupun agama kamilah”, katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kesemua pasangan pengantin.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD