BINTULU, 23 November- Seramai 120 pelajar sekolah dan universiti telah menerima dana pendidikan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Bintulu pagi tadi.
Penyerahan dana tersebut disempurnakan oleh ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang.
Dalam ucapannya, Johnny Pang menegaskan bahawa pendidikan merupakan aset penting bagi pembangunan masyarakat dan generasi akan datang.
Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran mereka.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan SUPP untuk mendukung usaha pendidikan dalam komuniti, selari dengan visi parti memperkasakan rakyat melalui pendidikan.