fb fb fb fb fb

10,000 ekor ayam rentung dalam kebakaran



BAU, 12 Januari
- Sejumlah 10,000 ekor ayam rentung selepas reban yang menempatkan ternakan berkenaan musnah dalam kebakaran pukul 3 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya telah menghantar sebuah jentera pemadam dengan kekuatan lapan
anggota bagi mengawal kebakaran di ladang yang terletak di Jalan Bau, Kuching itu.

"Semasa kejadian,semua haiwan ternakan terbabit gagal dikeluarkan oleh pemiliknya mengakibatkan kesemua ternakan itu mati terbakar," katanya di sini.

Tambah Henderi, pihaknya terpaksa menanggalkan atap zink reban bagi memudahkan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada pukul 4.30 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.

Media Baharu