
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Seramai 1.88 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat menerusi skim perlindungan kesihatan sosial, mySalam yang dikelola Kementerian Kewangan dengan jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Disember 2025.
- Skim bermula 2019 dengan dana RM2.37 bilion, melindungi penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan pasangan layak hingga umur 65 tahun.
- Manfaat hospitalisasi: elaun RM50 sehari sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun.
- Manfaat penyakit kritikal: bayaran sekali sehingga RM8,000 bagi 50 penyakit kritikal.
- Tuntutan dibayar mengikut jenis: hospitalisasi RM394.87 juta (1.294 juta penerima), kritikal RM712.68 juta (89,085 penerima), peranti RM65.257 juta (13,128 penerima).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata program yang bermula pada 2019 dnegan dana RM2.37 bilion itu kini menyediakan perlindungan kepada peenrima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang layak hingga usia 65 tahun.
Jelas beliau, penerima yang layak boleh mendapat tiga bentuk manfaat utama iaitu elaun hospitalisasi sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari atau RM700 setahun, bantuan sekali bayar sehingga RM8,000 bagi 50 penyakit kritikal serta tuntutan kos peranti perubatan sehingga maksimum
“Rakyat Malaysia telah menerima manfaat dengan jumlah tuntutan dibayar sebanyak RM1.423 bilion. Bagi manfaat hospitalisasi, seramai 1.294 juta penerima telah menerima manfaat dan jumlah yang telah disampaikan kepada mereka berjumlah RM394.87 juta,” katanya.
Bagi penyakit kritikal pula, skim berkenaan memberi manfaat kepada 89,085 penerima dengan jumlah jumlah bayaran sebanyak RM712.68 juta, manakala bagi peranti perubatan melibatkan 13,128 penerima dengan peruntukan sebanyak RM65.257 juta.