KUALA LUMPUR, 3 April - Kira-kira 1,492 kes kecurian dan vandaslisme melibatkan aset infrastruktur komunikasi direkodkan, tahun lepas dengan kos penyelenggaraan mencecah lebih RM33 juta.
Ke arah itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, memaklumkan, pemasangan Kamera Litar tertutup dan kerja pengukuhan struktur sedang dilaksana di kawasan panas.
Siasatan berhubung kes vandalisme aset turut dipergiat bagi mengelak insiden serupa berulang.
"Untuk kawasan hotspot, penyedia perkhidmatan mereka akan buat kerja hardening untuk menyukarkan pencuri melakukan vandalisme, tetapi pada masa sama usaha pemasangan CCTV dan sensor juga antara inisiatif yang diambil di kawasan hotspot.
"Kerjasama bersama PBT dan PDRM untuk siasatan boleh dibuat secepat mungkin bagi menggelakkan vandalisme daripada terus berlaku", kata Nie Ching ketika menjawab soalan Senator Dr. Lingeshwaran.