fb fb fb fb fb

1,294 notis dikeluarkan JPJ Johor menerusi Ops Khas Rentas Sempadan

JOHOR BAHRU, 22 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,294 notis dan mengambil tindakan terhadap 986 kenderaan atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Khas Rentas Sempadan, di seluruh negeri pada 19 Julai hingga hari ini.

Operasi dengan hasil kerjasama JPJ Johor bersama JPJ Negeri Sembilan dan JPJ Melaka itu bertujuan memperkasa penguatkuasaan undang-undang jalan raya di Johor dengan bantuan 19 pasukan dari negeri terlibat.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata antara notis dikenakan 911 notis kesalahan JPJ (P) 22, 152 notis Arah Timbang, 57 notis kesalahan Seksyen 82 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan 83 notis kesalahan Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, 384 kesalahan dikesan melibatkan kenderaan perdagangan, 231 kesalahan teknikal, 126 kesalahan lebih muatan dan 27 kesalahan memotong di lorong kanan.

"Fokus kedua penguatkuasaan adalah kesalahan memandu di lorong sebelah kanan secara berterusan. Bagi kenderaan perdagangan, memandu kenderaan berat di lorong kanan secara berterusan amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain ia juga boleh menyebabkan salah satu punca kemalangan maut," kata Azmil semasa menyertai operasi terbabit bersama
Pengarah JPJ Melaka dan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, di Johor Bahru.

37 notis penyitaan kenderaan turut dikeluarkan terhadap pemandu warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu serta salah guna lesen untuk berniaga.

Pesalah terdiri daripada 19 warga Myanmar, lapan warga Pakistan, enam warga Bangladesh dan empat warga Nepal.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan operasi akan diteruskan di Melaka dan Negeri Sembilan bagi memberi fokus terhadap penguatkuasaan isu-isu utama di negeri masing-masing.


(Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan menjelaskan perkara tersebut dalam satu sidang media
semasa operasi dijalankan di Johor Bahru)

Media Baharu