KUALA LUMPUR, 22 Julai - 30,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan dalam Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.
Ia bakal menjadi karnival pekerjaan terbesar tahun ini anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Dalam satu kenyataan, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata ekspo tersebut akan diadakan selama lima hari dari 23 hingga 27 Julai 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
(Foto fail)
"Pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan ditawarkan dengan penglibatan kira-kira 1,000 majikan termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan yang menyediakan program "Place and Train"," kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia diadakan selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di bawah Bajet 2022.