BATU BERENDAM, 18 April- Seramai 1,155 nelayan berdaftar di Melaka menerima manfaat daripada peruntukkan RM1.15 juta bagi bayaran insentif sara hidup secara sekali bayar.
Bayaran sebanyak RM1,000 secara berperingkat itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban golongan berkenaan.
Beliau berkata, bayaran akan dibuat sebanyak empat kali yang mana mereka akan menerima sebanyak RM250 setiap kali bayaran.
"Ini peringkat yang pertama kita tak bagi semua sebab kita faham nelayan ini bermusim. Ada masa mereka boleh turun ke laut, ada masa tidak boleh. Sekarang, musim perayaan jadi kita cuba bantu.
"Bagi musim yang kedua, kita tengok yang mana musim itu angin kuat mereka tidak boleh turun ke laut pada masa tu kita akan bagi lagi untuk peringkat yang kedua," beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran insentif berkenaan di Pejabat Perikanan Daerah di Batu Berendam.
Dalam pada itu, penerima meluahkan rasa bersyukur kerana bantuan berkenaan sememangnya membantu mereka meringankan beban hidup khasnya dalam menjelang perayaan aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut seorang nelayan Fuad Shah Amin, "saya mengucapkan terima kasih dengan adanya bantuan, syukur alhamdulillah."
Bagi Hamzah Haron, "berkenaan sumbangan ini saya menucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi sumbangan kepada nelayan-nelayan bagi membantu kami sebagai persediaan menjelang Aidilfitri."
(Foto hiasan)