fb fb fb fb fb

1,045 cerun dikenal pasti berisiko runtuh

IPOH, 13 Ogos- Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, berada dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cerun-cerun berkenaan perlu pemantauan, pencegahan dan pembaikan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini terutama pada musim tengkujuh.

Peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan cerun di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM220 juta.

"Kalau kita dapat jemput pakar-pakar dari Jepun di samping pakar-pakar tempatan untuk kita melihat dan berbincang mencari jalan penyelesaian bagaimana kita dapat mengurangkan risiko menguruskan tanah tinggi kita, khususnya menjaga infra-infra di tanah-tanah tinggi.

"Ini merupakan cabaran utama, penyelenggaraan memang kita buat tetapi pada masa sama kalau berlaku runtuhan, peruntukan yang begitu besar diperlukan untuk kita baik pulih," katanya.

(Fadillah Yusof)

Beliau ditemui pemberita pada Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, di sini hari ini.

Hari ketiga FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan tinjauan di Jalan Simpang Pulai- Blue Valley, iaitu laluan lokasi pelancongan Cameron Highlands, Pahang.

Menerusi jelajah dengan menaiki bas itu, Fadillah turut dibawa meninjau lokasi pembaikan cerun di Seksyen 44, di laluan berkenaan.

Media Baharu