PRN Melaka: 42 laporan polis diterima, 32 kertas siasatan dibuka

Tan Sri Mohd Khalid Ismail (tengah) ketika sidang media/Foto RTM

AYER KEROH, 14 November – Sebanyak 42 laporan polis berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 diterima setakat petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 32 kertas siasatan dibuka berkaitan laporan PRN Melaka.
  • Laporan melibatkan mencabut dan membakar bendera serta ucapan berunsur hasutan.
  • Siasatan dijalankan secara profesional tanpa memihak kepada mana-mana parti.
  • PDRM meningkatkan kawalan di lokasi penjumlahan undi; orang ramai diminta tidak mengadakan perarakan, jaga ketenteraman dan patuhi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata daripada jumlah itu, 32 kertas siasatan dibuka.

“Antara laporan diterima membabitkan perbuatan mencabut dan membakar bendera serta ucapan yang mempunyai unsur hasutan,” jelasnya dalam sidang media di sini.

Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara profesional tanpa memihak kepada mana-mana parti.

Dalam pada itu, beliau berkata, PDRM meningkatkan kawalan di lokasi penjumlahan undi malam ini.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mengadakan perarakan meraikan kemenangan, sebaliknya menjaga ketenteraman dan mematuhi undang-undang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.