
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri (DN) Negeri Sembilan.
RINGKASAN BERITA AI
- Mesyuarat diadakan susulan pembubaran DUN Negeri Sembilan ke-15 pada Jumaat lepas.
- Mesyuarat bersekali dengan Mesyuarat Khas PRN Johor.
- Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun akan mempengerusikan mesyuarat dan membincangkan tarikh-tarikh penting.
- Perkara termasuk tarikh writ, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.
Menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, mesyuarat itu diadakan bersekali dengan Mesyuarat Khas PRU DN Johor.
“Mesyuarat berkenan akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting.
“Antaranya tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.